Modul bmm3105
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
MINGGU 1:PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
1.Menggunakan web,video,audio dan imej
Terdapat
beberapa pembekal maklumat yangterdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSNdll.
Yahoo dan
Google adalah enjin pencari yangselalu digunakan. Kesemua pembekal maklumatinternet memberikan perkhidmatan yang hampirsama iaitu bahan
yang berelemenkan audio,video, teks, dan grafik.
Untuk melayari
internet dengan menggunakan pelayar
tertentu, pengguna perlu menaipkanalamat internet. Selalunya, apabila penggunamengklik ikon internet, maka pengguna akandibawa
terus ke halaman yang telah disetkansecara semula jadi.
Untuk mendapatkan bahan, taipkan
nama bahan yang berkenaandi dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
Untuk mendapatkan bahan video, klik
pada perkataan video dankemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang
hendakdiperolehi daripada internet
Bahan
video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video
yang hendak digunakan di dalam kotakpencari.
Setelah mendapatkan video yang
diperlukan, andaperlu memuat turun video tersebut denganmenggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh
dimuat turun secara percuma daripada internet.
Untuk mendapatkan bahan daripada
internet, anda harus :
Taipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari.
Setelah menaipkan perkara yang
hendak diperolehi, sila klik Websearch dan anda akan diberikan pilihan seperti
yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di
dalamnya mengandungiperkataan ´resepiµ + ´masakanµ. Ini menjadikan pilihan
andamenjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda
dengan menggunakantanda ´ ´ seperti ´resepi masakanµ. Dengan berbuat
begini,anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang
diperlukan, anda perlumenyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan
hasilpembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk
kepada sukatan pelajaran
Bahasa Melayu untuk memastikan anda
tidak terpesong daripadahasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui
RancanganTahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
PENYIMPANAN
BAHAN
A) Menyimpan bahan dalam bentuk
fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam
bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
Ø
Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Ø
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Ø Bahan yang
diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
Ø
Alamat Internet
Untuk menympan
bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang
berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah
menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.Buka fail
Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu,
masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya. Sebagai contoh, yang berikutdiberikan
beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
Ø
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Memperkasa Pantun Melayuhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

Ø Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk
|
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Katalog Alamat Internet
Tajuk
|
Peribahasa
Melayu
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang
yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa
Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa
|
Tajuk
|
Seni Tenun
Melayu
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang
mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
|
Tajuk
|
Tatabahasa Kata Nama
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang mengenai
kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.
|
Sumber:
minggu
2:
Menggunakan Internet , Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Apakah Enjin Pencari?
Enjin
pencari maklumat adalah nama umum bagi program yang digunakan untuk mencari
sesuatu maklumat. Namun begitu, ia sering digunakan bagi merujuk kepada lokasi
atau pelayan WWW yang memberikan perkhidmatan mencari maklumat. Berbeza dari
Archie, Veronica dan Jughead, enjin pencari maklumat yang diperoleh melalui WWW
boleh mencari maklumat yang terdapat dalam WWW, ruangan Gopher, pelayan FTP
Tanpa Nama dan kumpulan berita USENET.
Secara amnya setiap enjin pencari maklumat mempunyai satu pengkalan maklumat yang dibina dengan meninjau seberapa banyak pelayan Internet. Ini dilakukan ketika rangkaian tidak sibuk seperti pada awal pagi atau dibuat secara berperingkat-peringkat. Ini bagi menghormati etika penggunaan Internet.

Tujuan
dan Jenis Enjin Pencari
› Tujuan (konteks
pendidikan)
v Mencari bahan
pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna
mencari maklumat yang diperlukan.
› Jenis ‘enjin
pencari’
Cara
Mengkategorikan Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan
Bagaimana mendapat maklumat di internet
- Mengenalpasti tajuk.
- Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
- Memilih enjin pencarian yang tepat.
- Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
- Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.
Definisi Video
Format file yang
biasadansediaadabagi video ialah MPG, AVI dan MOV
MPG
Bermaksud Motion Pictures
Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan
VCD.
AVI
(Audio Video Interleave )
Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992.
AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file
video digital.
MOV
Merupakan format video
untuk perisian Quick time. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.
Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF
Definisi Audio
Audio atau bunyi-bunyian teknologi yang membolehkan sistem computer
mengeluarkan muzik atau suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
Berfungsi untuk membantu menyampaiakn maklumat dengan lebih berkesan melalui
penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu juga meningkatkan
daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang
lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya
lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
AIFF
dan AIF/ (Audio Interchange File Format) format ini
sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasid
engannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data
audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal
audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
MID,
MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) Format
yang boleh diterima pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis
MIDI.
SND/Sound Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan
hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE/
WAV Format fail yang paling meluas digunakan yang
disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saizd ari 8 bit sehingga
16 bit.
SUN
AUDIO/ AU Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen
kerja Sun Microsystem. Merupakan format audio 16 bit.
MPEG
(Moving Picture Experts Group) Format file yang makin
popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.
Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO)
untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk
digital bagi penggunaan seluruh dunia.
MINGGU
3:
APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.
Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer
Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko
Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka
Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point
Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

MINGGU 4:
PEMILIHAN BAHAN INTERNET
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan
hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan
internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan
bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan
daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar
untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering
dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
1.Bahan sastera
2.Bahan tatabahasa
3.Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan
bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran
secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang
telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu
dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu
benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi
mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan
yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre
Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti: Syair
Pantun Seloka Gurindam Puisi Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur
kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan
ialah seperti: i. Intelek ii. Emosi iii. Imaginasi iv. Teknik Pemilihan bahan
sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap
penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian
terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa
terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula
terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh
gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan
menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas
murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi
kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya
dengan sukatan pelajaran serta RPH.
Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web · http://tatabahasabm.tripod.com/tata/
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa
dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis tatabahasa Kata nama Kata Hubung Kata kerja Kata
sendi nama Kata nama khas .
MINGGU 5:
MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK,LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada
individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran
hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa
beberapa saat sahaja.
Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan
laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.
ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet
iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan
boleh mengadakan perbincangan bersama
iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran merupakan satu
tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut
boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan
pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran
ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.
Langkah peryediaannya:
Siapkan Tapak Pembelajaran.
Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang
disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index
1.
Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk
memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
2.
Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan
Tripod.
3.
Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut.
Isikan semua butiran yang diperlukan.
4.
Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang
ditunjukkan dalam gambar di bawah.
5.
Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang
pendaftaran.
6.
Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka
seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.
7.
Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan
yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk
memuat naik fail ke File Manager.
8.
Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti
yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan
dapat dilihat.
9.
Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat
naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.
10. Anda akan dapat
melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar
di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow
overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make
lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut
akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran
11. Klik pada index dan
klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.
12. Apabila Upload diklik,
paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer. Pada paparan skrin, akan
ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File
1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan
ditunjukkan.
13. Anda akan dapat
melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah
fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah
diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak
Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk
memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di
sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang
seperti yang berikut. HyperText Markup Language (HTML)
14. Anda akan dapat
melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup
Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini,
kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa
pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita
lakukan.
15. Sila klik Save dan
kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan
ditunjukkan.
16. Anda akan dapat
melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini
http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran
anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita
kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah
hasilnya.
17. Tamatlah bahagian
Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini
kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan
memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda.
Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak mengubah isi kandungan Tapak
Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail Kerja dengan menggunakan
Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan perubahan, simpan fail kerja
anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan nama index. Ini bermakna
fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File Manager dengan menggunakan
prosedur yang sama.
18. Cubalah menukar-kukar Tapak Pembelajaran anda.
TAJUK 6:
MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih
sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik
sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.
Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran
Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk
utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil
atau sub topik.
Struktur Komposit
Struktur yang lebih
kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi
menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi
melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan
perisian.
Struktur Linear
Sistem penerokaan
yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu
sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
Struktur Rangkaian
Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur
sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah
dan fleksibel
Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan
i. en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
MINGGU 7
MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The
Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer
sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer
sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat
adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek
berbanding dengan komputer.
Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada
pengaliran maklumat
ii. Pengaliran maklumat dua hala
iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,
mengingat kembali dan lupaan.
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
i. Stor memori ini juga dikenali sebagai
'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20
saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas
untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika
kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
i. Ingatan Jangka Panjang masih
menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan,
diingat kembali dan lupa.
ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman
kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali
apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.
MINGGU 8 :
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan
Pengenalan
- Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
- Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
- Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
·
i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
·
(ii) Kepelbagaian bahan di internet
·
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam
mencari bahan.
·
Bahan
yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian
ialah:
§ PERMAINAN
§ AUDIO/LAGU
§ VIDEO
§ GAMBAR
§ TAKS ATAU DOKUMEN
MINGGU 9 :
Mengedit Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad
Pengumuman
Pengenalan
- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur
pengeditan
- Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Prinsip pengeditan bahan atas talian
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran
MINGGU 11:
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Pengenalan
Pengajaran
bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu
P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video
sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang
berkaitan dengan sidang video ini iaitu:
- Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
- Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
- Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
- Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
Jenis persidangan video
A.Banyak ke banyak
B.Satu ke banyak
C.Satu ke Satu
Konferensi Secara Atas Alian
Menurut
kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk
berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan
perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yang
mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas
talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi
sidang video
Teknologi
sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup
(capture)
-
Kamera video digital menangkap imej
dan mikrofon merakam bunyi audio
-
Kamera menukar video ke dala format
digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
-
Perisian sidang video akan
dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-
Satu untuk
audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
-
Modem akan
menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang
akan dihantar pergi dan balik.
Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.
(i) Sidang
video menggunakan perisian skype:
Langkah 1:
(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger
Sidang
video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype.
Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.
MINGGU 12 :
Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Alat
pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data
supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk
hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat
oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan
merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini
merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu
karangan.
Jenis-jenis
Alat pengarangan
Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat
pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya.
Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs.
Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
- docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas
talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
· Guru
memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan
tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan
bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan
bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh
mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut
ialah:
(i) Mengumpul
bahan dari internet
(ii) Memasukkan
maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan
semakan
(iv) Memadam
maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan
maklumat atas talian
Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.
Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas
Jenis-jenis animasi
Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing
i. Kesan yang popular
di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak
Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera
padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya
ialah:
Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu
Menggunakan cakera
padat dalam aktiviti pengajaran
Penggunaan
cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran
bahasa Melayu.
AKTIVITI- KESUSASTERAAN dan TATABAHASA
JENIS CAKERA
· Cakera
sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
· Cakera
latihan tatabahasa
MINGGU 15 :
Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.
Seminar
Seminar
menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan
membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal
itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
- Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
- Penggunaan komputer di sekolah
- Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.
Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan
i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru
Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu
berbantukan komputer
i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang
i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang
SEKIAN PAPARAN MODUL BMM3105 DI BLOG SAYA,HARAP DAPAT
MEMBANTU RAKAN-RAKAN
No comments:
Post a Comment