PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Definisi
teknologi maklumat
Teknologi
maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin
terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi
maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas
iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
Pengintegrasian teknologi malkumat
dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan
teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan
ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk
mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.
Perkembangan
teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi
rangkaian dan
telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini secara kreatif
dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan dapat
menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan sains. Justeru pendekatan melalui
web portal menjadi fokus di negara maju dan kini semakin popular di negara
membangun terutama untuk melahirkan masyarakat yang berliterasi.
Walaubagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran adalah bergantung kepada
pendekatan pedagogi yang diterapkan di dalamnya. Di dalam pembangunan
web portal ini, satu
Sistem Pengurusan Kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih.Sistem ini
dianggap sesuai memandangkan rekabantuknya menyokong teori konstruktivisme sosial
yang bercirikan akses kendiri. Web portal ini merangkumi tajuk ‘Cell
structure and cell organisation’, Chemical composition of the cell’ dan ‘Dynamic
ecosystem’. Bagi setiap tajuk, sumber yang disediakan merangkumi ‘Teacher’s
Note’ dimana ia boleh didapati dalam format hypertext markup language (html)
dan power point presentation (ppt), manakala aktiviti pula dilahirkan
dalam bentuk ‘Student’s Lesson’, Quiz, Forum, Chat dan Hot
Potatoes Quiz. Web portal ini berkeupayaan memberi tindakbalas yang spontan
secara bimbingan disamping pelajar
dan guru dapat
berkolaborasi, memberikan satu kelebihan terhadap pendekatannya di mana gaya pembelajaran
seperti ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional .
Katakunci : bahan
E-Pembeljaran, Cell Structure and Cell Organisation, Chemical Composition of
the Cell, Dynamic Ecosystem.
Pengenalan
Pengaruh
era digital di akhir abad ke-20 dalam senario pendidikan di Malaysia telah
menunjukkan
beberapa perubahan dari sistem pendidikan konvensional kepada pendidikan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi. Aplikasi serta pengintergrasian pembelajaran
elektronik atau e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
virtual telah mula diamalkan di institusi pengajian tinggi Malaysia. Dalam
bidang pendidikan, e-pembelajaran bukan sahaja sebagai nilai tambah tetapi
sebagai satu keperluan utama ke arah pembelajaran bestari
Perkembangan
teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi rangkaian dan
telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan penggunaan computer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Teknologi computer mempunyai potensi yang besar
dalam pendidikan.
Pelbagai
langkah telah diambil bagi memperkenalkan penggunaan teknologi maklumat
dan
komunikasi kepada masyarakat Malaysia. Kempen kesedaran teknologi maklumat
telah banyak dijalankan, di samping menyediakan kemudahan berkaitan dengannya.
Usaha
yang giat juga telah diambil ke arah memperkenalkan e-Pembelajaran dalam sistem
pendidikan di Negara ini. Pelbagai tahap pembelajaran elektronik kini diamalkan
di pelbagai peringkat institusi pendidikan . Pelajar harus diberi pendedahan
menyeluruh tentang kemudahan pembelajaran teknologi terkini yang mampu membawa
mereka meneroka ke dunia yang tiada sempadan. Leaning portal atau web
portal adalah satu daripada corak pembelajaran jarak jauh. Ia adalah bersamaan
dengan pembelajaran maya tetapi berbeza dari segi pelanggan dan kursusnya. e-Learning
portals disediakan untuk mengatasi sesuatu masalah bagi kategori sesuatu
kumpulan yang kecil digunakan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada
pelajar.
KEKANGAN MEREALISASIKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Dari segi
kemahiran pula, ia perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan
sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini
juga perlu memasukkan unsur-unsur
kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah
komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer
ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu
banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan
statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan
bukan menguasai proses membuat keputusan.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan
komputer dalam pendidikan pada
pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan
komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan
pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta
kurang keyakinan di kalangan pendidik.Bagaimanapun jelasnya,
pendekatan lama berhubung penggunaan ICT yang masih digunakan sehingga kini,
khususnya dalam sistem pendidikan masih tidak menyeluruh dan telah
menyebabkanproses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Persepsi
dan pendekatan masa kini perlu diubah dari “belajar bersama ICT” kepada
“belajar melalui ICT”.
kerajaan sedar bahawa
dalam era globalisasi keperluan pelajar mempunyai asas kukuh dan pengetahuan
luas dalam ICT adalah begitu mendesak. Justeru itu,penekanan terhadap integrasi
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi agenda utama kerajaan bagi
memastikan ia dapat digerakkan pada setiap peringkat masyarakat.Kerajaan
Malaysia amat serius untuk menerapkan penggunaan komputer dalam system pendidikan.Antara
masalah yang dikenalpasti:
Ø ketinggalan dari segi kapasiti dan
teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
Ø Di samping itu, terdapat kekangan dari segi
sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik
komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam
pengajaran.
Ø Terdapat guru bahasa yang tidak
dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar
lain.
Ø Pengaruh rakan sejawat tidak
mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer.
Ø Minat mengajar menggunakan komputer
tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.Guru-guru tidak
memahami nilai penggunaan teknologi maklumat.
Ø Tahap kemahiran guru dalam bidang
teknologi maklumat tidak meluas
Ø Penerimaan guru terhadap proses
P&P menggunakan teknologi maklumat
tidak menyeluruh.
Kesimpulannya
bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi
pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang
diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya
meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan
lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan
pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran
serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan
perhatian.
Cara-cara Mengatasi
Masalah
Memandangkan
digitalisasi telah menyebabkan kewujudan telekomunikasi dan teknologi maklumat
sekarang, corak pengajaran dan pembelajaran tradisional di dalam kelas juga seharusnya
berubah. Teknologi maklumat patut diterapkan di dalam pendidikan. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang mampu
menggunakan kemudahan teknologi malah kerajaan dengan sedaya upaya cuba untuk
menyediakan kemudahan terbaik dari segi teknologi maklumat dan komunikasi agar
setanding dengan negaru maju yang lain. Oleh itu, bidang pendidikan seharusnya
mengambil peluang ini agar insan yang dilahirkan sejajar dengan kehendak masa hadapan
dan mampu berdaya saing di peringkat dunia.
Penghasilan
web-portal merupakan satu langkah yang bijak dalam memberi pilihan
kepada guru-guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mampu mengatasi masalah yang wujud
akibat corak pengajaran konvensional malah ia mampu menarik minat pelajar dan
menggalakkan pelajar lebih berdaya saing dan berkeyakinan. Rekabentuk dan informasi
serta persembahan yang berbentuk interaktif di halaman web-portal membangkitkan
semangat pelajar untuk meneroka ke alam pembelajaran yang luas dan
menyeronokkan terutama ke alam sains yang penuh dengan keajaiban. Ia mampu
membawa pelajar keluar dari kepompong kelas dan keluar menjelajah ke alam sains
yang realiti. Sehubungan dengan itu, satu projek web portal dilaksanakan supaya
dapat menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti berkaitan dengan
tajuk ini.
Selain daripada
pembangunan infrastruktur, pelaburan yang bukan sedikit turut dibuat untuk membangunkan
perisian-perisian pembelajaran. Perkembangan terkini menyaksikan bermacam-macam
penerbitan cakera padat untuk pelbagai mata pelajaran sama ada oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) atau Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM yang
diedarkan ke sekolahsekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam perkembangan
berkaitan, Bahagian Pembangunan dan Perolehan, KPM turut
mengeluarkan kontrak
penyelenggaraan peralatan ICT di Cawangan Bahagian/Jabatan, Jabatan Pelajaran
Negeri, Maktab Perguruan, Kolej Matrikulasi, Pejabat Pelajaran daerah/Gabungan,
Pusat Kegiatan Guru dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM bagi Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.
Jumlah keseluruhan
kontrak tersebut menurut pekeliling BPP: Bil 03/2006 bertarikh 5 Mei 2006 ialah
RM 99,566,672.09 dan untuk tempoh dua tahun iaitu dari tahun 2006 hingga
2008.Berdasarkan hujah-hujah di atas, komitmen serta jumlah pelaburan yang
dibuat oleh KPM,maka pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT adalah antara
kaedah yang sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah. Penggunaan kaedah tersebut
boleh dilaksanakan kerana selaras dengan usaha-usaha yang sedang dan akan dilakukan.
KPM (2001) telah merangka program pembangunan ICT dalam
pendidikan untuk merealisasikan
matlamat-matlamat:
(a) meningkatkan pembangunan
infrastruktur ICT.
(b) memperluaskan akses dan
ekuiti kepada kemudahan ICT.
(c) memperluaskan kurikulum
berasaskan ICT.
(d) meningkatkan sistem
pentaksiran dengan menggunakan ICT.
(e) menekankan
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
(f) meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar.
tenaga pengajar, dan personel KPM.
(g) meningkatkan penggunaan
ICT dalam pengurusan pendidikan.
(h) meningkatkan usaha pengurusan
dan penyenggaraan perkakasan ICT.
(i) meningkatkan
penyelidikan dan pembangunan dalam ICT.
(j) meningkatkan kerjasama
antara institusi pendidikan dengan masyarakat
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, beberapa cara dicadangkan berdasarkan peranan semua pihak.
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, beberapa cara dicadangkan berdasarkan peranan semua pihak.
v Peranan
Kerajaan
Kerajaan
memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan
penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri pada masa itu,mantan Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.
penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri pada masa itu,mantan Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.
v Peranan
Sekolah
Strategi untuk
menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata
terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pengetua
atau guru besar adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah.
Pemimpin bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga
menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada
perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis
seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program
ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun
sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat
perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina
berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu
bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional
penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan
teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan
matlamat yang telah ditetapkan,sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.
Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik
seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan
pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan
dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.
Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin
sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara
optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer
hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar
kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras
ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa
dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan
jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya
di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan
guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada
pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik
darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi
penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan
dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin
sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
v Peranan guru
Menurut Skinner
(1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila
seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu
proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran
seseorang.Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh
dipindahkan kepada murid (Newell, 1990).Di bawah kerangka behaviorisme dan
kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa
pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada.Oleh itu segala perancangan
dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi
teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang
menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi
demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman gagal untuk
difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.Justeru itu,
penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang
asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam
konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik
untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat
secara efektif,pantas dan banyak untuk membbantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya
bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan factor lain seperti
pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian
pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah
bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari
maklumat.
Dalam
menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun
pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat
banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan
efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama
berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’
dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran
bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan
yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin
pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah
penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi agr dapat
memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam
pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses
peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Objektif
projek
Objektif bagi projek
MOODLE e-pembelajaran dalam topik Biologi Tingkatan Empat
ialah membangunkan
web portal menggunakan Sistem Pengurusan Kursus topic ‘Cell Structure And
Cell Organisation’,‘ Chemical Composition of the cell’ dan ‘Dynamic
Ecosystem’.
Kepentingan projek
Pelajar
Para pelajar dapat
menggunakan web portal yang disediakan bagi membantu
menambahkan ilmu
pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT
boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM 2001). Pelajar
juga bebas menggunakan web portal ini pada bila-bila masa dengan keupayaan
pembelajaran sendiri. Ia juga amat sesuai bagi pelajar yang berminat belajar
sambil meneroka. Melalui web portal juga pelajar boleh menjawab soalan-soalan
kuiz berulangkali tanpa rasa sebarang perasaan rendah diri.
Guru
Melalui pengggunaan
web portal, guru dapat menyemak kemajuan pelajar dalam
pembelajaran dengan
lebih mudah dan cepat. Selain itu, objektif pembelajaran lebih mudah dicapai
kerana pembelajaran berbentuk interaktif dan menyeronokkan. Guru juga tidak
perlu risau pada gaya pembelajaran yang pelbagai kerana pelajar akan meneroka
mengikut kemampuan dan kebolehan mereka sendiri.
Sekolah
Projek ini amat
penting bagi pihak sekolah bagi membantu meringankan tugas guru serta mewujudkan
pendidikan yang global dalam melancarkan pengurusan akademik sekolah.
Ibu-bapa
dan Masyarakat
Web portal
membolehkan ibu-bapa memantau perkembangan pembelajaran anak-anak
dengan
lebih mudah dan efisyen. Selain itu ia juga menggalakkan masyarakat mengamalkan
budaya IT yang seterusnya dapat menghasilkan masyarakat yang celik IT. Untuk memantapkan integrasi ICT
dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar
seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti
setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling
relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P
menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh
digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua
warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti
setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk
membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara
berkesan.
PENUTUP
Sistem
pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya
pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna
teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan
kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita,
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku
kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan
apabila menggunakan teknologi canggih ini.
RUJUKAN
Nazri Bin Abu
Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Bahasa.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi
Komputer Dalam Pengajaran bahasa:
Penguasaan Guru dan Kekangan
dalam Pelaksanaan.
Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat,
Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan
ancaman Penggunaan Teknologi
dalam Pengajaran Bahasa.
Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru
dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan
Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud (2008). Factors
Influencing Ict Integration In The Classroom: Implications
To Teacher Education. Diperolehi pada 20 ogos 2008 daripada
ttp://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/Article%20169.pdf
ttp://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/Article%20169.pdf
Rozinah Jamaludin. (2003).
Teknologi Pengajaran. Kuala
Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment