Wednesday 1 June 2011


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Implementasi PPBK bermaksud bagaimana melaksanakan penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT
 

SYARAT UNTUK MEMANFAAT PPBK 


Untuk memperoleh manfaat penggunaan komputer dalam P&P, perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian :
 
       • Pengunaan PPBK perlu dirancang dengan baikbukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak adakaitan dengankurikulum 
       • Guru mesti menggunakan PPBK bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
       • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai


KEFAHAMAN KONSEP P & P BERASASKAN MOD  


Mod 
atau pendekatan yang diperkenalkan untuk  melaksanakan PPBK merupakan satu pendekatan untuk memudahkanguru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancangKonsep penggunaanPPBK boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) 
Aplikasi
c) 
Penerokaan ( Eksploratori )
d) 
Komunikasi 

No comments:

Post a Comment