Wednesday 1 June 2011


PROPOSAL PROJEK TEKNOLOGI 
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
  
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Cth;lLATAR BELAKANG PELAJAR
Pengetahuan Sedia Ada, Pelajar telah mempunyai asas mebaca teks karangan,
membaca dengan lancar, tahu membaca soalan dan tahu mencari jawapan dalam teks
karangan.
RASIONAL PROJEK
Untuk memberi lebih cabaran kepada minda pelajar kerana kebiasaanya ‘chalk and talk’ sahaja di dalam bilik darjah. Dapat mewujudkan komunikasi dua hala dengan perkongsian idea dan pendapat tentang pelbagai perkara di kalangan kumpulan yang berinteraksi melalui blog. Untuk melihat keberkesanan interaksi guru dengan pelajar dengan diperbantukan Teknologi Maklumat. Untuk melatih pelajar lebih berfikiran kreatif dan boleh menyelesaikan masalah. Untuk melatih pelajar berfikiran lateral dan kemudian akan dibincangkan bersama . Saya memilih bahasa Melayu ( Fahaman ) kerana tajuk ini bagi saya sesuai, mudah, perasaan ingin tahu pelajar akan tercapai dan menyeronokkan apabila diperbantukan oleh Teknologi Maklumat. Ini dapat mewujudkan golongn guru dan pelajar yang kreatif, dinamik, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi yang membawa kesan yang baik kepada sistem pendidikan negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju. 
PEMILIHAN MEDIA / ABM /ABB
v  Blog
   Saya memilih blog kerana mudah digunakan, praktikal, percuma, komen juga boleh membantu dalam pembaikan aktiviti pengajaran & pembelajaran. Ia juga boleh memuatkan gambar – gambar agar kelihatan lebih menarik. Ini juga dapat mewujudkan golongn guru dan pelajar yang kreatif, dinamik, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi yang membawa kesan yang baik kepada sistem pendidikan Negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju. 
OBJEKTIF
l  Pelajar akan dapat menguasai kemahiran berfikir secara lebih kreatif dan penyelesaiaan masalah.
l  Interaksi guru dan pelajar lebih berkesan dengan penggunaan Teknologi Maklumat kerana menyeronokkan.
l  Pelajar dapat merasai belajar dengan menggunakan komputer dan melatih alat deria agar lebih aktif.
l  Pelajar dapat membaca dengan mudahnya kerana diperbantukan komputer iaitu sambil mendengar pelajar menunjuk dan mengikut.
l  Isi pelajaran yang disampaikan difahami dan soalan dapat dijawab dengan betul. 
PENGGUNAAN KOMPUTER
v  Guru
    Bagi membantu aktiviti penyampaian pengajaran & pembelajaran dan melihatkan pelbagai gambar yang berbentuk video dan audio
v  Pelajar 
    Bagi memudahkan membuat latihan ( menjimatkan masa ) dan mengembangkan minat dan menyedari tentang kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat 
-----------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment