Monday 4 July 2011

LARIAN SATU MALAYSIA


Umum dah mengetahui bahawa pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2011 akan berlangsungnya Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011.  Dengan itu, kesemua warga sekolah-sekolah di Malaysia ni akan mengadakan larian serentak ini di kawasan masing-masing. Ini bertepatan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memastikan setiap seorang murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
**Klik Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan (fail pdf)
Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.
Acara bersejarah ini merupakan larian terbesar yang akan disertai oleh murid-murid sekolah akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR). Cikgudahlia tak dapat join Larian Serentak ni sebabnya berada di Uitm Shah Alam untuk Seminar Memperkasakan Generasi Muda. Lama jugak ni tak berlari. Yang bestnya, seluruh warga sekolah akan berlari pada hari tersebut termasuklah guru-guru dan kakitangan lain. Selamat berlari ya semua warga kerja sekolah di seluruh Malaysia. Semoga Dasar 1M1S 1Murid 1Sukan ni dapat mencapai objektifnya. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment